Selasa, 22 Mei 2012

PENGALAMAN SEROM 2012

As salam, salam sejahtera dan salam pengakap! SP sebenarnya agak sibuk selepas mengikuti Selangor Rovermoot 2012. Walaupun letihnya belum hilang, tapi SP enjoy dapat melasak kembali. Maklumlah dah lama tak layan camping.

Setelah perancangan dibuat dan pelbagai halangan dan cubaan yang datang, akhirnya, Kontijen PPM Daerah Kapar yang disertai oleh Krew Kelana A dan Krew Kelana C telah memuktamadkan untuk menyertai Selangor Rovermoot 20012 yang diadakan di Kem Mutiara Semenyih, Training & Eco Resort, Kajang. Krew Kelana A PPM Kapar dah gerak awal dengan Pemimpin pada malam 3 Mei 2012.


Pada 4 Mei 2012 SP dan Krew Kelana C tiba petang dan terus dirikan gejet setelah melapor pada urusetia dan telah diletakkan di Subcam Sg. Tekala. Subcamp lain ialah Sg. Gabai, Sg. Lui, Sg. Lalang dan Sg. Merab. Untuk makluman SP adalah Ketua Kontijen PPM Daerah Kapar dan selepas perjumpaan Ketua-Ketua Kontijien dengan urusetia pada petang tuh.... SP dipilih jadi Ketua Subcamp Sg. Tekala. Ya tuhan... Kontijen dari Subcamp Sg. Tekala ialah Kapar, Kedah, Johor, Sepang dan Kuala Langat kalau tak silap...


Malam pertama kena cari wakil subcamp bagi aktiviti 'Public Speaking' bertajuk 'Bridging Human Being and Invironment' lebih kurang macam tu lah. Lepas tu ada permainan dan nyanyian pengakap. Dasyat juga 'Ikan' malam tuh.

Pada 5 Mei 2012 aktiviti SEROM  bagi Subcamp Sg. Tekala pagi tu adalah Ham Radio, Kod Morse dan Pameran. SP pun join juga aktiviti tersebut. Dengar penjelasan Aman Palestin daripada En. Azmir dan layan Kod morse aktiviti. Perghh letih berjalan, musang tak jumpa gak. Last-last angkat bendera putih sebab dah letih berjalan. Rupanya equipment failure. Takpelah....
Sungguh-sungguh dan bersemangat En. Azmir memberikan penerangan mengenai NGO Aman Palestin dan situasi semasa di Palestin.

Lepas rehat tengahari aktiviti seterusnya adalah aktiviti kemasyarakatan di luar kem kat Kg. Orang Asli Sg. Tekala. Potong rumput, sapu sampah dan bersihkan kawasan Balairaya diorang. Pergi dan balik jalan kaki.

Tepat 1700 Majlis Perasmian Pembukaan SEROM 2012 dijalankan dan dirasmikan Ketua Pengakap Negara. SP sebagai Ketua Subcamp dan lain-lain delegasi kena duduk kat depan. Meremang rasanya bila semangat pengakap tu datang balik.
Ketua Pengakap Negara dan Dif-Dif Kehormat berjalan masuk ke Pentas Perasmian.

Pemeriksaan Barisan Kawalan Kehormat

Ucapan Ringkas Pengerusi SEROM 2012 En. Hafiz Bin Hamdan. Dari PPM Kapar tuh...

Ucapan Ketua Pengakap Negara diselang-selikan dengan seloka, pantun dan nasihat serta ucapan perasmian pembukaan SEROM 2012 

Korang nampak SP tak? Alah pura-pura nampak dahlah.

Suasana Perasmian SEROM 2012

Ketua Pengakap Negara bersalaman dengan peserta SEROM 2012 sejurus majlis perasmian

Malam aktiviti Kebudayaan Setempat. Urusetia mengetengahkan tarian Orang Asli. Masing-masing belajar tarian sewang. Hawai ke kanan, hawai ke kiri, suka bebenor budak-budak nih. Lepas tu apalagi kemunculan 'Ikan' memang dinantikan. Nyanyian dan permainan pengakap. Layan...
Budak-budak kelana suka benor dengan tarian sewang nih. Hawai ke kanan, hawai ke kiri, hawai ke depan, hawai ke belakang. Eaaaaaaaa, eaaaaaaaaa. Layan jugak.

Pada 6 Mei 2012 diteruskan dengan aktiviti trekking. Perghh wa cakap lu. Memang mencabar gila dan terbaik. Naik semput SP dibuatnya. Maklumlah dah lama tak melasak. Mencungap juga dibuatnya. Sherpa 'Bujang' SP tengok rilek jer. Trek memang mencabar. Ada lereng menegak, curam, nyamuk lagi.. Mandi peluhlah. Sorilah gambar takdak...

Lepas makan tengahari aktiviti diteruskan dengan aktiviti menanam pokok dan aktiviti air. Dimulakan dengan aktiviti water confident (pakai BA) terapung atas tasik. Lepas cop, layan berkayak plak. Aduh sakit pinggang dibuatnya. Lepas kayak aktiviti merentas tasik. Berendam lagi..lepas cop cepat-cepat pergi aktiviti 'tubing'. Mak aih deras gak air sungai kat depan kem nih. Duduk atas pelampung dan hanyut. Habis semua tebing, pokok kat tebing ngan tunggul disondolnya.

Aktiviti kayak dan merentas tasik.

Merentas tasik best gak...

Tubing perghh.. ngeri beb. Habis segala pokok bakau kau langgar Ramlee (dialog Pendekar Bujang Lapok).

Malam tu aktiviti surat hanyut (tugasan super spontan) dan persembahan kontijen. Perghh layan... lupakan penat. Nyanyi dan joget tak ingat penat. Malam tu Kontijen Kelantan dan UPSI dah gerak balik. Adios...
SP rasa persembahan terbaik adalah daripada Kontijen Terengganu.'Nanananana... Tganu Kite!'. Cayalah korang.

Aktiviti yang paling ditunggu-tunggu.

Persembahan Kontijen PPM Daerah Kapar.

Berikut adalah suasana di tapak perkhemahan yang sempat SP rakam untuk tatapan bersama.

Pintu gerbang dan tapak perkhemahan Kontijen PPM Daerah Kapar

Tiang bendara. Tak cukup tinggi. Macam SP gak...

Bergambar sebelum beraktiviti....

Gejet meja.. Jahanam...
Bersama tukang masak kontijen...

Pening SP nak melayan bebudak nih... Macam-macam ragam.

Makan stail cam makan nasi ambeng. Jawalah katakan.

Kontijen PPM Daerah Kapar menang aktiviti buat pintu gerbang lagi... Terbaek...

SP dan krew bergambar dengan Kontijen PPM Negeri Johor.

Semasa aktiviti pameran.

Pengakap OKU pun turun beb... Dasatlah korang. SP tabik spring!!! Wow hebat, wow hebat.

7 Mei 2012 hari akhir (Isnin) upacara penutupan di dalam dewan kem. Perasmian penutupan oleh SC Negeri Selangor dan penyampaian sijil dan Hadiah. Tak sangka Subcamp Sg. Tekala juara pintu gerbang. Lepas upacara penutup, semua kontijen turunkan khemah dan gejet. Berkhemas dan pulang.
Suasana Majlis Penutup SEROM 2012 yang diadakan didalam dewan.

Masing-masing muka dah layu. Ni kes tak cukup tido ke apa?

Alhamdulillah suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan pada aktiviti julung kali Rovermoot Pengakap Negeri Selangor ini dianjurkan. Semoga segala kelemahan yang ada berjaya ditingkatkan untuk aktiviti akan datang. Salam sayang dari SP. Sekali berpengakap terus berpengakap.

Rabu, 2 Mei 2012

Selangor Rovermoot 2012 (SEROM)

As salam. Sebenarnya dah lama SP tak berpeluang untuk mengikuti aktiviti rovermoot. Maklum sajalah sibuk dengan urusan kerja dan urusan seharian. InsyaAllah kalau diizinkan Allah, SP akan berpeluang menyertai SEROM 2012 dari 4 hingga 7 Mei 2012 ni. Eeee seronoknya. Terbaik!!!

Dah banyak kali mesyuarat. Bincang pun dah banyak kali. Bincang pasal pengangkutan, buluh, buat 'collection' untuk beli barang basah, bahagi-bahagikan tugas dan sebagainya. Daripada anggaran 30 orang yang dijangka menyertai SEROM 2012 ni, rupa-rupanya tinggal beberapa kerat je yang akan menyertai Kontijen PPM Daerah Kapar. SP faham diorang semua ada urusan keluarga, kerja, belajar dan macam-macam lagilah.

Satu hal lagi, SP sebenarnya belum pernah sampai ke Kem Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort. Kalau gerak dari Meru nih, lebih kurang sejam setengah sampailah. Harap-harap signage masuk ke dalam kem disediakanlah hendaknya. Bukan apa risau kata orang jawa kat sini 'nyasar-nyasar' terbabas sampai ke mana ntah.

Cuaca pula sejak akhir-akhir ini agak panas. Cuma masa SP karang entry ni, kat Meru perghhh hujan lebat dan angin pulak kuat. Macam nak ribut pun ada. Harapan SP masa SEROM 2012 berjalan, cuaca baiklah hendaknya.

SP sebenarnya tak sabar nak melasak kembali. SP masih ingat lagi semasa SP masih budak pengakap, memang SP lasak. Masa tu bila dapat tau jer ada perkhemahan, jambori, kempori, insyaAllah SP mesti turun punya. Janji ada duit. Kadang-kadang SP pun hairan bila orang sekeliling SP kata "Apa yang best sangat pegi 'camping' tu. Tak boring ke?". Bagi SP aktiviti kepengakapan sebenarnya amat menyeronokkan. Boleh meningkat keyakinan diri, belajar banyak benda dan dapat bergaul dengan ramai orang. Pengakap juga dah bawa SP ke banyak tempat. Agaknya kalau SP tak join pengakap dulu, ntah jadi apalah SP sekarang ni ye?.

Sekarang tugas SP dah semakin banyak dan mencabar. Terima kasih kepada mereka-mereka yang tidak putus-putus memberikan semangat dan dorongan supaya SP terus berjaya dalam kepengakapan dan hidup. Kepada yang SP tidak sempat bantu tu, mohon maaf banyak-banyaklah ye.

InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, disamping meningkatkan taraf hidup SP pasti akan bersedia berkhidmat dan mencurahkan idea, keringat dan kepakaran selain berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar fikiran. Semoga Allah membantu dan memudahkan tugas-tugas kita dalam khidmat kepengakapan. Kepada semua rover diluar sana selamat ber'rovermoot'. Kita jumpa disana. Balik rovermoot SP dah kena stanby untuk Kursus Manikayu Peringkat 1 Pengakap Remaja pula huhuhu.. Once a scout Always a scout. Was salam.

nota: Gambar anak buah SP masa buat latihan masakan rimba baru-baru nih.....

Isnin, 5 Mac 2012

Aktiviti Krew Kelana C PPM Daerah Kapar


As salam. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan iradat dan inayahNya, Krew Kelana C PPM Daerah Kapar telah berjaya disatukan kembali untuk 'melasak' dan berpengakap.

Walaupun masing-masing sibuk dengan keluarga dan kerjaya, namun atas faktor minat dengan aktiviti kepengakapan, kami mencari juga masa terluang.

Perjumpaan terbaru telah membincangkan perihal pendaftaran dan aktiviti sepanjang tahun 2012 dan berharap 'comeback' yang dibuat oleh Krew Kelana C PPM Daerah Kapar tidak mengecewakan dan mohon bantuan dan tunjuk ajar semua agar kehadiran ini memberi manfaat yang boleh dikongsi bersama.

Kepada Pemimpin di Daerah Kapar khasnya dan PM,PR umumnya, kami telah bersedia untuk memperkasakan kepengakapan dan mencurahkan keringat dan pengetahuan kami buat kalian semua.

Sekali berpengakap terus berpengakap. Melasak buat kami sihat...

Catatan: Gambar lama masa SP semasa mengikuti Jambori Pengakap Negeri Selangor 1996

Jumaat, 10 Februari 2012

Perjumpaan Krew Kelana C PPM Daerah Kapar


As salam. Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar tahun 2012 sudah menjengah dan perancangan aktiviti perlu diaturkan. Pemimpin di luar sana jangan lupa perbaharui pendaftaran kumpulan. Nanti tak boleh beraktiviti pula.

Sebenarnya SP semalam baru sahaja menghadiri Mesyuarat Pemimpin Pengakap PPM Daerah Kapar. Banyak aktiviti telah diatur oleh negeri dan daerah. SK Sungai Binjai dan SK Meru 2 pemimpin dan penganjur kumpulan perlu ambil perhatian, dah beberapa tahun tak daftar. Ada masalah ke?. Jangan diam-diam sahaja. Ada masalah sila rujuk dengan DC.

Kepada Krew Kelana C PPM Daerah Kapar, SP nak beritahu akan diadakan perjumpaan dengan butiran seperti berikut:
Tarikh: 12 Februari 2012
Masa : 1500
Tempat: Rumah Pemimpin Kumpulan (Kg. Budiman)

Agenda:
Pendaftaran Kumpulan
Kursus Pemimpin
Rovermoots
Jambori Pengakap Negeri Selangor
Hal-hal lain

InsyaAllah SP cuba menambahkan entry untuk rujukan anda semua...

Isnin, 24 Januari 2011

Pendaftaran Krew Kelana C PPM Daerah Kapar 2011


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sukacita dimaklumkan pendaftaran Krew Kelana C PPM Daerah Kapar 2011 sedang dalam proses.

Sesiapa bekas pengakap SMK Meru Klang(terutamanya) atau sesiapa berumur 18-40 tahun berminat untuk menyertai dan meneruskan pengetahuan dan pengalaman kepengakapan Sila hubungi nama dibawah untuk proses pendaftaran sebaik-baiknya sebelum cuti Tahun Baru Cina 2011 ini.Bayaran RM 5 shj.

Mohd Nazir Bin Sukaimi 019-3829201
Azmi Bin Mahmud 0172276787
Badrul Hizam Bin Mahmud 0133418214

PPM Daerah Pengakap dah mintak.....

p/s: gambar kat atas takde kene mengene...cuma tinggal kenangan...

Rabu, 28 Julai 2010

Simpulan Dan Ikatan Untuk Lencana Keahlian


BELAJAR SIMPULAN DAN IKATAN

Assalamualaikum warahmatullah dan Salam pengakap! Apa khabar? Hari ini saya nak tunjukkan simpulan dan ikatan untuk Lencana Keahlian. Anda ahli pengakap perlu mempelajarinya. Ilmu ini amat berguna dalam kehidupan seharian.

Kemahiran ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang di saat kecemasan. Adalah menjadi kelebihan apabila mempelajarinya apatah lagi kita adalah seorang ahli pengakap. Kita sebagai ahli pengakap seharusnya mahir menggunakan tali temali untuk membuat gadjet . Jika tidak, kita tidak mampu untuk mendirikannya. Apatah lagi penguasaan kemahiran ini merupakan syarat untuk lulus ujian mendapatkan lencana.



Langkah pertama ialah mempelajarinya. Carilah bahan rujukan tali temali, minta tunjuk ajar daripada pemimpin, menghadiri kursus kemahiran tali temali atau mungkin daripada rakan anda sendiri. Sebagai ahli pengakap anda seharusnya tahu apa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan ilmu tali temali.

Pembelajaran ikatan dalam patrol adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan. Dengan konsep 'learning by doing' diharapkan ilmu ini dapat dikembangkan dengan pantas. Di bawah akan saya tunjukkan simpulan dan ikatan untuk Lencana Keahlian beserta kaedah secara bergambar.


[1] Buku Sila / Reef Knot

Langkah 1:










Langkah 2:













Langkah 3:













Langkah 4:










Penerangan:
1. Menyambung 2 utas tali yang sama besar.
2. Mengikat anduh semasa pertolongan cemas.
3. Ikatan ini boleh dileraikan/dilucutkan dengan mudah.



[2] Bunga Geti / Sheet Bend



Langkah 1:









Langkah 2:













Langkah 3:












Langkah 4:











Penerangan:
1. Menyambung 2 utas tali yang berlainan saiz.
2. Mengikat @ menyambung tali ke suatu tanjul/gelung.



[3] Simpul Manuk / Clove Hitch



Langkah 1:












Langkah 2:











Langkah 3:












Langkah 4:
















Penerangan
1. Mengikat tali ke tiang kerana tidak mudah menggelungsur.
2. Memulakan ikatan seraya, silang gunting dan lilit kacang @ ular.





[4] Tindih Kasih / Bowline


Langkah 1:


















Langkah 2:



















Langkah 3:

















Langkah 4:

















Penerangan:
1. Untuk aktiviti menyelamat.
2. Tanjul/gelung dimasukkan ke bawah ketiak semasa aktiviti ini.





[5] Lilit Dua Simpul / Round Turn Two Half Hitch


Langkah 1:


















Langkah 2:
















Langkah 3:
















Langkah 4:
















Penerangan:
1. Mengikat hujung tali pada tiang, pokok, gelung atau tali lain supaya ia tidak terlucut.




[6] Lilit Pemati Biasa / Common Whipping



Langkah 1:









Langkah 2:












Langkah 3:









Langkah 4:









Penerangan:
1. Mematikan hujung tali besar agar kelihatan kemas dan tidak terurai.

Simpulan dan ikatan yang ditunjukkan di atas adalah ikatan asas yang perlu dikuasai sebelum meneruskan ke simpulan dan ikatan yang lain. Jumpa lagi! Selamat beramal!. Sekali berpengakap terus berpengakap. Jumpa lagi. Wassalam.