Khamis, 18 Oktober 2012

APAKAH PENGAKAP KELANA?


Perkhemahan Rovermoot Krew Pengakap Kelana

As salam. Bagi orang bukan pengakap, mereka merasakan hanya ada Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja sahaja. Rupa-rupanya ada lagi unit pengakap yang dipanggil Pengakap Kelana. Pengakap Kelana? Macam mana tu ye?

Pengakap Kelana adalah kumpulan pengakap dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia di mana keahliannya terbuka kepada lelaki dan perempuan yang berusia 18 tahun ke atas.

Menjanjikan keseronokan kepada individu yang menyertainya, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik. Aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana.

Suasana riang menjalani aktiviti kepengakapan
Aktiviti pameran menambahkan pengetahuan
Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan di serata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental. Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam dan juga ke luar negara. Ahli-ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.

Menyertai Krew Kelana adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang pastinya sukar untuk dilupakan.

Program Pengakap Kelana adalah berasaskan kepada beberapa aktiviti utama seperti berikut:-
  • perkhidmatan (service)
  • sosial (social)
  • cabaran luar (outdoor adventures)
  • cabaran mental (mental challenge)
  • pembinaan semangat (spirit development)

Krew Pengakap Kelana boleh mengadakan program sendiri yang boleh dipelbagaikan mengikut minat dan idea ahli-ahli kumpulan.

Pengurusan dalaman Krew Pengakap Kelana adalah terletak di tangan ahli-ahli krew. Pelantikan pihak Krew atasan adalah di bawah pemilihan ahli Pengakap Kelana yang menguruskan hubungan antara Krew Pengakap Kelana dengan bantuan dan bimbingan daripada Penasihat Pengakap Kelana.


Program Latihan Pengakap Kelana juga wujud untuk mengukuhkan dasar pergerakan Persekutuan Pengakap Malaysia agar ia selari dengan dasar dan aspirasi negara Malaysia. Rukun Negara telah dijadikan sebagai panduan dan pedoman yang dipegang selari bersama-sama dasar, tujuan dan prinsip berpengakap.

Macam best je? Memang terbaik. Jom sertai Pengakap Kelana!!!!!

2 ulasan:

  1. macam mane nak menyertai pengakap kelana

    BalasPadam
  2. sy pun nak tanya ~mcm mana ni nak menyertai pengakap kelana???

    BalasPadam