Khamis, 11 Oktober 2012

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

  1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
  2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Di Pertuan Agong serta Raja-Raja, Pemerintah dan kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakap, ibu bapanya, majikan dan orang-orang dibawahnya.
  3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
  4. Pengakap adalah sahabat kepada semua orang dan bersaudara kepada pengakap lain, tidak mengira negeri, pangkat dan agamanya.
  5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
  6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
  7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya, atau Pemimpin Pengakap tanpa apa-apa soalan.
  8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau semasa kesusahan.
  9. Pengakap adalah seorang yang jimat dan cermat.
  10. Pengakap adalah seorang yang bersih dan suci fikiran, perkataan dan perbuatannya.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan