Rabu, 2 Mei 2012

Selangor Rovermoot 2012 (SEROM)

As salam. Sebenarnya dah lama SP tak berpeluang untuk mengikuti aktiviti rovermoot. Maklum sajalah sibuk dengan urusan kerja dan urusan seharian. InsyaAllah kalau diizinkan Allah, SP akan berpeluang menyertai SEROM 2012 dari 4 hingga 7 Mei 2012 ni. Eeee seronoknya. Terbaik!!!

Dah banyak kali mesyuarat. Bincang pun dah banyak kali. Bincang pasal pengangkutan, buluh, buat 'collection' untuk beli barang basah, bahagi-bahagikan tugas dan sebagainya. Daripada anggaran 30 orang yang dijangka menyertai SEROM 2012 ni, rupa-rupanya tinggal beberapa kerat je yang akan menyertai Kontijen PPM Daerah Kapar. SP faham diorang semua ada urusan keluarga, kerja, belajar dan macam-macam lagilah.

Satu hal lagi, SP sebenarnya belum pernah sampai ke Kem Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort. Kalau gerak dari Meru nih, lebih kurang sejam setengah sampailah. Harap-harap signage masuk ke dalam kem disediakanlah hendaknya. Bukan apa risau kata orang jawa kat sini 'nyasar-nyasar' terbabas sampai ke mana ntah.

Cuaca pula sejak akhir-akhir ini agak panas. Cuma masa SP karang entry ni, kat Meru perghhh hujan lebat dan angin pulak kuat. Macam nak ribut pun ada. Harapan SP masa SEROM 2012 berjalan, cuaca baiklah hendaknya.

SP sebenarnya tak sabar nak melasak kembali. SP masih ingat lagi semasa SP masih budak pengakap, memang SP lasak. Masa tu bila dapat tau jer ada perkhemahan, jambori, kempori, insyaAllah SP mesti turun punya. Janji ada duit. Kadang-kadang SP pun hairan bila orang sekeliling SP kata "Apa yang best sangat pegi 'camping' tu. Tak boring ke?". Bagi SP aktiviti kepengakapan sebenarnya amat menyeronokkan. Boleh meningkat keyakinan diri, belajar banyak benda dan dapat bergaul dengan ramai orang. Pengakap juga dah bawa SP ke banyak tempat. Agaknya kalau SP tak join pengakap dulu, ntah jadi apalah SP sekarang ni ye?.

Sekarang tugas SP dah semakin banyak dan mencabar. Terima kasih kepada mereka-mereka yang tidak putus-putus memberikan semangat dan dorongan supaya SP terus berjaya dalam kepengakapan dan hidup. Kepada yang SP tidak sempat bantu tu, mohon maaf banyak-banyaklah ye.

InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, disamping meningkatkan taraf hidup SP pasti akan bersedia berkhidmat dan mencurahkan idea, keringat dan kepakaran selain berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar fikiran. Semoga Allah membantu dan memudahkan tugas-tugas kita dalam khidmat kepengakapan. Kepada semua rover diluar sana selamat ber'rovermoot'. Kita jumpa disana. Balik rovermoot SP dah kena stanby untuk Kursus Manikayu Peringkat 1 Pengakap Remaja pula huhuhu.. Once a scout Always a scout. Was salam.

nota: Gambar anak buah SP masa buat latihan masakan rimba baru-baru nih.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan