Selasa, 27 Julai 2010

Salam Pengakap!


Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Salam Pengakap! Bersyukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurniaNya, telah menggerakkan saya untuk terus berkarya dalam kepengakapan telah saya tinggalkan beberapa tahun lalu. Keinginan untuk terus mencurah pengalaman dan pengetahuan buat budak pengakap dan Pemimpin Pengakap khususnya, dan pembaca amnya.

Apa yang saya cuba lakukan di sini ialah memberikan tunjuk ajar, tip-tip berguna, kemahiran dan pengalaman yang saya ada untuk dikongsikan bersama selain berkarya dalam bidang kepengakapan dengan harapan ilmu yang sedikit jika dikongsi, ianya akan terus berkembang dan menjadi rujukan kepengakapan di era dunia tanpa sepadan. Saya berharap ilmu yang dikongsikan ini akan dapat membantu melahirkan insan yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah SAW dan yang buruk dan lemah itu datangnya dari diri saya sendiri. Akhir kata andai blog ini mengandungi kekurangan dan kesilapan, saya mohon ampun dan maaf. Sekali berpengakap terus berpengakap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan